Selaras dengan misi Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Program Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan dalam Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan menyediakan pendidikan kesihatan persekitaran dan pekerjaan yang cemerlang dengan matlamat untuk:
PEO 1: Melahirkan graduan yang intelektual dan profesional dalam bidang Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan yang memiliki pengetahuan teori dan pengalaman praktikal yang diperlukan dalam bidang ini bagi memastikan daya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa.
PEO 2: Melahirkan graduan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan yang mempunyai tahap etika yang tinggi, bertanggungjawab serta berupaya membantu dalam penguatkuasaan undang-undang berkaitan kesihatan persekitaran dan pekerjaan di sektor awam dan swasta.
PEO 3: Melahirkan graduan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan yang dapat mengaplikasikan pengetahuan untuk membangunkan dan mengekalkan kesejahteraan sosial, kebolehan yang dipertingkatkan melalui kerjasama dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan bersama industri serta pihak berkepentingan yang lain.
- Last updated on .