Skip to main content

Pusat Pengajian Sains Kesihatan |  Universiti Sains Malaysia

Hasil Pembelajaran Program

Selepas menamatkan program ini, graduan seharusnya dapat:

PLO1: Menganalisis konsep, prinsip dan teori yang mendalam dan terkini yang berkaitan dengan bidang sinaran perubatan.
PLO2: Mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah kompleks dalam bidang sinaran perubatan.
PLO3: Mempamerkan kemahiran praktikal dalam disiplin sains kesihatan melalui pelaksanaan penyelidikan kendiri dengan pengawasan minimum.
PLO4: Mempamerkan interaksi berkesan dan kemahiran interpersonal dengan pelbagai pihak berkepentingan.
PLO5: Mempamerkan kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang berkesan dengan pelbagai pihak berkepentingan.
PLO6: Menggunakan kemahiran digital untuk menyelesaikan masalah dalam bidang sinaran perubatan.
PLO7: Mengaplikasikan kemahiran numerasi untuk penyelesaian masalah dalam bidang sinaran perubatan.
PLO8: Mempamerkan kualiti kepimpinan dengan autonomi dan tanggungjawab dalam bidang sains kesihatan.
PLO9: Menunjukkan keupayaan untuk meluaskan pengetahuan yang berkaitan melalui pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan diri dan kerjaya.
PLO10: Mengaplikasikan minda keusahawanan dalam menyediakan penyelesaian.
PLO11: Mengamalkan amalan profesional, beretika dan lestari dalam kajian dan persekitaran kerja.
  • Last updated on .