Skip to main content

Pusat Pengajian Sains Kesihatan |  Universiti Sains Malaysia

    Peranan Jawtankuasa KKP PPSK

Peranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di PPSK merangkumi:

  • Melaksanakan audit, pemeriksaan, dan pemantauan OSH secara berkala di seluruh fasiliti PPSK.
  • Menerima, meneliti, dan menyiasat aduan berkaitan OSH daripada staf dan pelajar PPSK.
  • Menjalankan siasatan ke atas semua kemalangan, kemalangan nyaris, keracunan/penyakit pekerjaan, kejadian berbahaya, dan kebakaran.
  • Mengurus keselamatan bahan kimia termasuk menyelenggara senarai daftar dan Helaian Data Keselamatan (SDS) untuk semua bahan berbahaya.
  • Memastikan semua aktiviti mematuhi keperluan biosafety dan biosekuriti.
  • Memantau aktiviti berkaitan sinaran agar mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh UKKP sahaja.
  • Melaksanakan latihan kebakaran dan mengemas kini SOP serta pelan laluan kecemasan.
  • Merancang dan menyelaras program latihan OSH kepada staf dan pelajar yang berkaitan.
  • Memastikan sijil kelayakan penggunaan peralatan seperti lif, autoklaf, pemampat dan sistem gas (LPG) sentiasa sah.
  • Mengurus penilaian risiko secara berterusan dan menjadualkan penyelenggaraan fume hood secara berkala.
  • Memantau dan melaporkan kerosakan atau bahaya berkaitan bangunan, kawasan sekeliling, perabot, elektrik, dan sebagainya, serta menyumbang kepada menceriakan PPSK demi keselesaan dan kesejahteraan staf serta pelajar.
  • Memantau dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk untuk mencegah wabak penyakit.
  • Menyediakan panduan, maklumat dan sumber rujukan berkaitan OSH kepada staf, pelajar dan pelawat PPSK.

 

  • Last updated on .