Setelah tamat program, graduan seharusnya dapat :
PLO1: |
Mengaplikasikan pengetahuan teori, konsep dan praktikal secara menyeluruh untuk mengamal, menilai dan memberi pandangan dalam bidang sains forensik. |
PLO2: |
Menggunakan kemahiran saintifik, pemikiran inovatif dan kreatif untuk menjana idea dan strategi bagi penyelesaian masalah dan membuat keputusan melibatkan isu berkaitan sains forensik. |
PLO3: |
Melaksanakan prosedur makmal pada tahap tinggi dan menjalankan penyelidikan dengan pengawasan minimum dalam bidang sains forensik. |
PLO4: |
Mempamerkan kemahiran sosial dan tanggungjawab, kebolehan bekerjasama dalam kumpulan serta kepekaan terhadap isu berkaitan sains forensik dalam masyarakat. |
PLO5: |
Menyampaikan maklumat dan penemuan penyelidikan berkaitan sains forensik secara berkesan melalui komunikasi lisan dan bertulis.. |
PLO6: |
Mempamerkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk menambah baik amalan di makmal perubatan dan penyelidikan. |
PLO7: |
Mempamerkan kemahiran untuk mengguna dan mentafsir data numerasi, visual dan grafik bagi menyampaikan maklumat, penemuan dan hasil penyelidikan dalam bidang sains forensik. |
PLO8: |
Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang kepimpinan berkesan dalam usaha menyumbang ke arah kemajuan bidang sains forensik. |
PLO9: |
Meningkatkan pembangunan diri melalui pembelajaran sepanjang hayat dengan menggunakan kemahiran ICT dan kemahiran pengurusan maklumat dalam pembangunan akademik dan kerjaya. |
PLO10: |
Mengaplikasikan kemahiran pengurusan dan minda keusahawanan dalam aktiviti harian serta perancangan yang melibatkan bidang sains forensik. |
PLO11: |
Mempamerkan nilai dan sikap peribadi yang tinggi, beretika serta mematuhi prinsip perundangan dan kod amalan profesional dalam bidang sains forensik. |
- Last updated on .