Skip to main content

Pusat Pengajian Sains Kesihatan |  Universiti Sains Malaysia

Hasil Pembelajaran Program

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

Selepas menamatkan program ini, graduan seharusnya dapat:

PLO1: Menganalisis konsep, prinsip dan teori yang mendalam dan terkini yang berkaitan dengan bidang bioperubatan.
PLO2: Mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah kompleks dalam bidang bioperubatan.
PLO3: Mempamerkan kemahiran yang berkesan dan inovatif dalam menjalankan penyelidikan dan penyiasatan dalam bidang bioperubatan dengan penyeliaan yang minimum.
PLO4: Mempamerkan interaksi berkesan dan kemahiran interpersonal dengan pelbagai pihak berkepentingan.
PLO5: Mempamerkan kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang berkesan dengan pelbagai pihak berkepentingan.
PLO6: Menggunakan kemahiran digital untuk menyelesaikan masalah dalam bidang bioperubatan.
PLO7: Mengaplikasikan kemahiran numerasi untuk menyelesaikan masalah dalam bidang bioperubatan.
PLO8: Mempamerkan kualiti kepimpinan dengan autonomi dan tanggungjawab dalam bidang bioperubatan.
PLO9: Menunjukkan keupayaan untuk meluaskan pengetahuan yang berkaitan melalui pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan diri dan kerjaya.
PLO10: Mengaplikasikan minda keusahawanan dalam menyampaikan penyelesaian.
PLO11: Mengamalkan amalan profesional, beretika dan lestari dalam kajian dan persekitaran kerja.
  • Last updated on .