Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian) (Sinaran Perubatan) atau Ijazah Sarjana Muda Sinaran Perubatan dengan Kepujian (digunapakai bagi pendaftaran bermula Sesi Akademik 2021/2022 dan seterusnya) merupakan program akademik sepenuh masa selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester. Program ini telah ditawarkan sejak Sesi Akademik 2001/2002 kepada pelajar yang memiliki kelayakan A-Level, matrikulasi, STPM, atau diploma radiografi dan yang setara. Program ini telah diakreditasi oleh kerajaan Malaysia sejak tahun 2004.
Program ini merangkumi pembelajaran teori dan latihan praktikal yang komprehensif bagi membolehkan pelajar memahami, menerangkan serta mengaplikasi penggunaan sinaran mengion dan tidak mengion dalam diagnosis serta rawatan pesakit. Penawaran program ini diharapkan dapat membantu memenuhi keperluan negara untuk melahirkan kakitangan terlatih dalam disiplin sains sinaran perubatan. Program ini membuka peluang kerjaya dalam bidang radiologi diagnostik, perubatan nuklear, radioterapi dan perlindungan sinaran yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran teknikal yang tinggi demi menjamin keselamatan graduan, profesional kesihatan, pesakit dan masyarakat umum.
- Last updated on .