Selaras dengan misi Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Program Sarjana Muda Sinaran Perubatan dengan Kepujian bertujuan untuk menyediakan pendidikan dalam bidang sains sinaran perubatan yang berkualiti tinggi dengan matlamat untuk:
PEO 1: Melahirkan graduan Sinaran Perubatan yang berpengetahuan, berintelek dan bersikap profesional.
PEO 2: Melahirkan graduan yang memiliki tahap etika dan tanggungjawab profesional yang tinggi.
PEO 3: Mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang sinaran perubatan bagi menyumbang ke arah pembangunan mampan dan kesejahteraan sosial.
- Last updated on .