Skip to main content

School of Health Sciences |  Kampus Kesihatan

Persatuan Kakitangan Sains Kesihatan

Pengenalan kepada PKSK

 logo2

PERSATUAN KAKITANGAN SAINS KESIHATAN, USM KUBANG KERIAN, KELANTAN (PKSK)

Sebagai sebuah badan induk yang menjadi pusat pengendalian aktiviti-aktiviti oleh kakitangan Pusat Pengajian Sains Kesihatan.

Matlamat Khusus

  1. Menjalankan aktiviti kebajikan dan sosial dalam kalangan kakitangan
  2. Menganjurkan persidangan/seminar/bengkel bertemakan sains kesihatan
  3. Menganjurkan kursus pembelajaran berterusan dalam kalangan kakitangan
  4. Menjalankan aktiviti yang boleh menjana kewangan persatuan selain daripada yuran ahli
  5. Menganjurkan khidmat masyarakat bertemakan sains kesihatan

KEAHLIAN

Yuran pendaftaran RM20 dan yuran tahunan perlu dibayar untuk ahli baharu.

A. Ahli Biasa (Yuran: RM30-Staf bukan akademik dan RM60-Staf akademik)

  • Terbuka kepada semua kakitangan akademik dan bukan akademik Pusat Pengajian Sains Kesihatan
  • Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat dalam borang PKSK dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
  • Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli PKSK dan berhaklah ia sebagai ahli.
  • Ahli biasa berhak melantik Ahli Jawatankuasa di dalam Mesyuarat Agong dan berhak memegang sebarang jawatan sekiranya dipilih.

B. Ahli seumur hidup Sama seperti syarat-syarat ahli biasa (Yuran: RM500 sekali untuk seumur hidup)

C. Ahli Bersekutu (Yuran: RM60)

  • i) Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.
  • ii) Ahli Bersekutu tidak berhak melantik Ahli Jawatankuasa dalam Mesyuarat Agung dan tidak berhak memegang sebarang jawatan dalam PKSK

D. Ahli Kehormat (Tiada Yuran)

  • Ahli yang dianugerahkan keanggotaan kepadanya kerana berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada kejayaan PKSK.